Sorting by

×

Pelajar kolej kemahiran cedera bergaduh

Masa Membaca:51 Saat

ALOR GAJAH 20 November – Seorang pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Masjid Tanah cedera ringan selepas dipercayai terlibat dalam pergaduhan dengan pelajar lain, Jumaat lalu.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, mangsa bagaimanapun cedera ringan dan dirawat di Hospital Alor Gajah pada hari sama.

Katanya, warden kolej berkenaan menerima laporan mengenai pergaduhan itu antara lebih kurang jam 9 hingga 10 malam.

“Kes pergaduhan itu membabitkan dua pelajar dan seorang daripadanya cedera ringan.

“Mangsa dihantar ke hospital tersebut untuk menerima rawatan dan laporan polis telah dibuat pada keesokannya kira-kira jam 6 petang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata mangsa bagaimanapun dibenarkan keluar hospital semalam kira-kira jam 5.45 petang.

“Kes dalam siasatan polis dan KKTM Masjid Tanah juga akan menjalan siasatan selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu mengesahkan menerima laporan itu.

Katanya, kes itu bagaimanapun tidak melibatkan kes buli mahupun gangterisme.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4112
Kongsi :
Previous post Pengayuh beca diingatkan tidak kenakan harga kayangan
Next post Persiapan TMM2024 berjalan lancar
Ubah saiz-+=