Sorting by

×

Pelajar Melaka di Mesir dapat penempatan selesa – KM

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

AYER KEROH 10 Feb – Kira-kira 200 pelajar Melaka di Mesir kini mendapat kemudahan penempatan yang lebih selesa, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Ia selepas kerajaan negeri menjalankan kerja-kerja naik taraf dan penyelenggaraan bangunan dalam usaha mewujudkan suasana pembelajaran lebih selesa.

Menurutnya, dalam lawatan kerja bersama Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) ke Mesir, baru-baru ini, pihaknya berpuas hati melihat kerja-kerja selenggara bangunan dan naik taraf yang dijalankan.

“Kita sudah melihat kerja-kerja yang dijalankan yang mana kita sangat berpuas hati dengan aspek kebersihan dan kelengkapan yang disediakan, termasuk katil dan almari.

“Pelajar-pelajar kita dalam pelbagai jurusan juga berpuas hati dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri yang telah melakukan kerja pembaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan Sekolah Rendah Sesi Akademik 2022 dan Pelancaran Program Sentuhan Kasih Ketua Menteri Untuk Calon SPM 2021 di sebuah hotel di sini, hari ini.

Sulaiman berkata, dalam lawatan kerja ke Mesir itu juga, pihaknya telah mengadakan sesi dialog bersama pelajar-pelajar Melaka bagi mengetahui segala permasalahan mereka.

“Ada beberapa perkara diketengahkan untuk ditambah baik dan beberapa permohonan daripada mereka yang mana saya telah maklumkan kepada pihak MAIM (Majlis Agama Islam Melaka) untuk melihat keperluan mereka.

“Malah, ada juga pelajar yang minta untuk disediakan tempat memasak atau pantri. Tetapi perkara ini perlu kita lihat dan teliti untuk memastukan prosedur operasi standard pihak bomba di Mesir dipatuhi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

688
Kongsi :
Previous post Negara berada di landasan terbaik pulih daripada krisis kesihatan, ekonomi – PM
Next post Tindakan tegas terhadap pemain terlibat pergaduhan – Irfan
Ubah saiz-+=