
Pelawa lebih banyak sekolah antarabangsa dibuka di Melaka
KESIDANG 29 Julai – Lebih banyak operator sekolah antarabangsa dipelawa untuk membuka cawangan atau beroperasi di Negeri Melaka yang ketika ini menjadi tumpuan pelabur asing.
Saranan itu adalah selaras dengan keperluan pendidikan bagi anak-anak kakitangan syarikat multinasional yang ketika ini dalam proses untuk mengembangkan operasi mereka di Negeri Melaka.
Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin berkata, sekolah antarabangsa adalah sebuah institusi yang dilihat mampu meningkatkan lagi kualiti pendidikan di negara ini.
“Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan pihak berkenaan untuk membuka institusi pendidikan seperti ini. Sedikit sebanyak kemudahan pendidikan dibangunkan menjadi tarikan kepada pelabur beroperasi di negeri ini.
“Biarpun pada asalnya sekolah antarabangsa diwujudkan untuk memenuhi keperluan pendidikan anak warga asing, tetapi sekarang sudah ramai orang tempatan memilih institusi seperti ini,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang berkata dimikian ketika ditemui pada program ‘Founder’s Day & Official Opening Ceremony Of Planetarium International School’ di sekolah berkenaan di Taman Pandan Indah, di sini, semalam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR DUN ASAHAN: HARI KETIGA PADAT AKTIVITI, TERIMA SAMBUTAN MENGGALAKKAN
ASAHAN 5 April - Sambutan positif dan menggalakkan diterima pada hari ketiga penganjuran Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
WRUR DUN ASAHAN: 125 MURID ISTIMEWA TEROKAI KEPENTINGAN AIR MENERUSI EXPLORACE ANAK SYURGA
ASAHAN 5 April - Seramai 125 anak istimewa sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menyertai program Explorace Anak Syurga: Jejak...
MELAKA NAFI CATU AIR, BEKALAN MASIH STABIL
AYER KEROH 5 April - Kerajaan Negeri menafikan sebarang pelaksanaan catuan air seperti yang tular di media sosial baru-baru ini...
SITI NAJIHA ‘TERANGI’ HIDUP OKU
ASAHAN 5 April - Kehilangan upaya penglihatan sejak usia enam tahun dan bergelar Orang Kurang Upaya (OKU) bukan penghalang buat...
DUN AYER LIMAU FOKUS RUMAH MAMPU MILIK, BAWAH RM250,000
AYER LIMAU 5 April - Projek rumah mampu milik di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menjadi keutamaan dalam...
MELAKA BILA LARUT MALAM ‘MAGNET’ PELANCONGAN
TELOK MAS 5 April – Program Melaka Bila Larut Malam terus mendapat sambutan hebat apabila secara purata merekodkan kehadiran lebih...
