
Pembangunan mega kemajuan Machap Jaya
AYER KEROH, 11 Dis. – Pembangunan mega di kawasan Lesung Batu bakal menjadi katalis kepada keseluruhan kawasan Machap Jaya sekali gus memberi manfaat kepada penduduk di situ.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Daerah, Luar Bandar, Pengurusan Banjir dan Teknologi Hijau, Datuk Seri Utama Idris Haron berkata, usaha itu memberi impak kepada seramai 250,000 penduduk di Alor Gajah.
“Bagi kawasan Machap Jaya terdapat seramai 18,500 penduduk termasuk Orang Asli dan seramai 5,000 penduduk di kawasan Lesung Batu.
“Saya difahamkan pembangunan raksasa ini inisiatif Yayasan Melaka dengan pihak swasta Gabungan Ehsan Sdn Bhd,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ginie Lim Siew Lin (PKR-Machap Jaya) pada hari ketiga Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Keempat Belas di Seri Negeri, hari ini.
Katanya, apabila pembangunan berimpak besar itu dilaksanakan ia mampu memajukan kawasan Lesung Batu dengan nilai pembangunan kasar lebih RM1.5 bilion
“Ini secara tidak langsung menjadikan Alor Gajah setanding dengan Putrajaya,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
GLAMPING TASIK CHINCHIN MULA DIBANGUNKAN 2027
AYER KEROH 5 Oktober - Pembangunan kemudahan 'glamping' di Taman Ekstrem Tasik Chinchin, Jasin dijangka bermula Januari tahun depan selepas...
TANJUNG BIDARA BUKA DIMENSI BAHARU EKONOMI DIGITAL
TANJUNG BIDARA 5 Oktober - Tanjung Bidara bakal mencipta dimensi baharu dalam sektor ekonomi dan teknologi apabila sebuah pusat data...
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
