Pemilik anjing peliharaan diminta lebih bertanggungjawab

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

DUYONG 12 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Mohd Noor helmy Abdul Halim meminta semua pemilik anjing peliharaan yang melepaskan haiwan peliharaan mereka di luar kawasan rumah untuk lebih bertanggungjawab terhadap haiwan belaan masing-masing.

Saranan itu susulan isu beberapa penduduk di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong telah cedera parah apabila seorang lelaki telah patah kaki dan tangan akibat perbuatan anjing peliharaan yang dilepaskan bertindak liar.

Manakala terdapat seorang lagi mangsa, iaitu seorang wanita digigit anjing liar dalam kejadian berasingan dan kebanyakan anjing liar tersebut mempunyai tuan.

“Nak kata liar, biasanya yang liar ni bila diagah akan lari.

“Ini kebanyakan anjing bertuan. Bila Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) datang nak tangkap, tahu pulak anjing ni lari masuk rumah. Dah tentu rumah yang biasa duduk, yer tak?.

“Yang lagi satu jadi pening, bila MBMB pasang perangkap, esok paginya bila di ‘check’, tengok kosong. Perangkap didapati telah dibuka oleh orang lain. MBMB pasang perangkap, ada orang lain tolong lepaskan sebab kesian. Yang kene gigit ni siapa nak kesian?.

“Menjaga haiwan peliharaan ni tanggungjawab bersama. Sendiri sanggup nak pelihara, kenalah sanggup jaga ikut tatacara dan peraturan,” katanya menerusi laman Facebook rasminya selepas menziarahi mangsa yang cedera akibat anjing liar di Taman Semabok Perdana hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1404
Kongsi :
Previous post Politik Melaka: Rumah siap pahat berbunyi
Next post Anjing masuk perangkap dilepaskan orang awam – MBMB
Ubah saiz-+=