
Pemilik kediaman boleh dikenakan tindakan jika penyewa lakukan jenayah
BANDA HILIR 2 Julai – Mana-mana pemilik unit kediaman yang menjalankan khidmat sewaan termasuk sewaan rumah untuk aktiviti pelancongan seperti AIRBNB boleh dikenakan tindakan sekiranya didapati berlaku kegiatan jenayah oleh penyewa.
Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata, ia bagaimanapun bergantung kepada jenis kesalahan jenayah yang dilakukan.
Menurutnya, antara kegiatan jenayah yang boleh diambil tindakan ialah membabitkan kesalahan yang mudah dikesan seperti perjudian dan dadah.
“Pemilik unit rumah perlu tahu apa kegiatan yang penyewa mahu lakukan di kediamannya, kalau berlaku aktiviti haram pemilik mungkin boleh dikenakan tindakan.
“Namun, itu bergantung pada kes yang berlaku, kalau seperti rogol ia boleh berlaku di mana-mana dan pemilik tak bolehlah kita nak kenakan tindakan.
“Cuma kalau perjudian dan dadah kita boleh kena tindakan bergantung kepada undang-undang,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Crime and Safety Awareness Campaign and Panic Button dirasmikan EXCO Pembangunan Belia, VP Shanmugam di Ruang Legar Mahkota Parade,di sini hari ini.
Hadir sama, Presiden Persatuan Pelancongan Melaka (MTA), Madelina Kuah dan Ketua Pegawai Operasi Melaka Hari Ini, Anuar Shaari.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: HELMY MAHU BANGUNKAN EKOSISTEM E-SUKAN DI DUYONG
DUYONG 10 November - Penyediaan fasiliti e-sukan di Duyong menjadi antara perancangan calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN)...
DALAM SIBUK BERKEMPEN, RAIS TURUN HARUNG BANJIR DEMI RAKYAT
BEMBAN 10 November - Kesibukan berkempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 tidak menghalang Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan,...
TPM MAHU PERKENAL KURSUS E-SUKAN DI INSTITUSI TVET MARA
DUYONG 10 November - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu kursus berkaitan e-sukan diperkenalkan di...
ANTHONY LOKE LETAK JAWATAN: SENDIRI JANJI, SENDIRI TANGGUNG – KA SIONG
BANDARAYA MELAKA 10 November - Presiden MCA, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong menyifatkan keputusan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke...
PRN MELAKA: AB RAUF YAKIN MCA MAMPU RAIH SOKONGAN MASYARAKAT CINA
BANDARAYA MELAKA 10 November - Barisan Nasional (BN) Melaka menyasarkan kemenangan di kesemua empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang...
HUJAN BUKAN HALANGAN, UNCLE WONG SETIA TEMANI HELMY BERKEMPEN
DUYONG 10 November - Cuaca hujan tidak menghalang warga emas, Vong Fook Hoi atau lebih dikenali sebagai Uncle Wong, 88,...
