Pemilik premis diingatkan patuh SOP

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 7 Ogos – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran agar semua pemilik premis perniagaan tidak bersikap sambil lewa dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak berlakunya kluster baharu seperti yang terjadi di utara tanah air.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor berkata, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama PDRM kini berdepan kesukaran dalam mengenal pasti kontak rapat pesakit susulan kegagalan pemilik premis merekodkan pendaftaran pelanggan.

Beliau berkata, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) rakyat Malaysia masih belum boleh melancong ke luar negara jadi ramai yang mengambil keputusan beriadah di pusat pelancongan dalam negara.

“Saya harapkan semua premis perniagaan, kedai makan dan sebagainya ketatkanlah kawalan di premis masing- masing.

“Kita tidak mahu apa yang berlaku di utara yang mana kegagalan untuk membuat pendaftaran menyukarkan KKM dan polis membantu mengesan kontak. Kita tidak tahu siapa yang membiakkan penyakit ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan Lawatan Kerja di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, di sini.

Sementara itu, Mazlan berkata, dalam memastikan pegawai dan anggota polis tidak terbabit dalam kesalahan disiplin, PDRM giat melakukan ‘screening process’.

“Proses ini dibuat bagi mengenal pasti memastikan mereka tidak terjebak dengan masalah disiplin seperti rasuah mahupun penyalahgunaan dadah,” katanya.

Views:

448
Kongsi :
Previous post Cari bapa jadi wali nikah
Next post Ketua Menteri bertemu penduduk Rim
Ubah saiz-+=