Pemimpin parti dalam kerajaan PN berpuas hati dengan penjelasan dan perbincangan lanjut mengenai Ordinan Darurat

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

KUALA LUMPUR, 25 Jan. – Pemimpin parti dalam kerajaan Perikatan Nasional berpuas hati dengan penjelasan dan perbincangan mendalam mengenai Ordinan Darurat, pengurusan darurat serta pengurusan pandemik COVID-19 di negara ini, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Kerajaan Perikatan Nasional (PN) semalam berkata, antara yang turut dibincangkan adalah pelan imunisasi vaksin yang akan bermula bulan depan.

“Saya bersyukur mesyuarat berlangsung lebih kurang dua jam dalam suasana akrab dan muhibah serta (semua pihak) menyambut baik taklimat daripada Menteri di Jabatan Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Norhizan Ismail mengenai Proklamasi Darurat,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau, malam tadi

Pemimpin parti PN yang mengikuti perbincangan secar dalam talian. Foto kredit Facebook perdana menteri.

Muhyiddin berkata mesyuarat yang diadakan secara dalam talian petang tadi itu disertai 12 presiden parti iaitu daripada Bersatu, UMNO, PAS, PBB, MCA, MIC, PRS, SUPP, PDP, PBS, STAR dan SAPP manakala PBRS diwakili Timbalan Presiden parti itu.

Beliau berkata Majlis Presiden akan terus menjadi platfom perbincangan tertinggi bagi semua parti politik dalam kerajaan PN demi memastikan kestabilan politik dan kelancaran pentadbiran kerajaan serta menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan negara.

Views:

297
Kongsi :
Previous post COVID-19: Kluster Bukit Sebukor catat kes jangkitan tertinggi hari ini
Next post PKP 2.0: Poket nipis? Ini cara suri rumah jana RM3,000 sehari
Ubah saiz-+=