Pencarum Perkeso bekerja sendiri sangat rendah

Masa Membaca:57 Saat

PENGKALAN BATU 16 Mac – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Melaka merekodkan hanya seramai 8,600 individu bekerja sendiri mencarum dibawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).

Pengarahnya Abd Razak Omar berkata, angka itu menunjukkan kesedaran individu bekerja sendiri mengenai kepentingan mencarum bertujuan untuk melindungi diri mereka masih rendah.

“Angka ini (8,600 orang) sangat kecil, sebab itu saya menggesa mereka yang bekerja sendiri ini tampil membuat pendaftaran di Perkeso.

“Mereka ini belum mendapat kesedaran sepenuhnya, kalau mencarum dan ditimpa musibah pencarum anda dilindungi,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan faedah kepada Chong Lai Ling, 54, balu mendiang Cheah Chong Leong yang meninggal dunia pada 8 Disember lalu akibat kemalangan jalan raya di Jalan Gajah Berang.

Majlis penyerahan berlangsung di Pangsapuri Kenanga, Taman Kenanga, Bachang, di sini, semalam, turut dihadiri anak perempuan mendiang Chong Leong, Cheah Xiong Yu, 16.

Terdahulu Abd Razak menyampaikan Faedah Orang Tanggungan berjumlah RM945 sebulan kepada Lai Ling selain Faedah Pengurusan Mayat secara ‘one-off’ sebanyak RM2,000.

Ujarnya bermula Januari sehingga Disember 2022, Perkeso Melaka telah membayar faedah berjumlah RM29.9 juta kepada pencarum.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1398
Kongsi :
Previous post Melaka Bebas Berniaga dijenamakan kepada Melaka Mesra Berniaga
Next post Persatuan sukan di Melaka jangan berpuak-puak
Ubah saiz-+=