
Pendaftaran ahli baharu KWSP naik kepada 146,000 pada suku pertama 2022 – Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR, 12 Julai – Pendaftaran ahli baharu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah meningkat sebanyak 57 peratus kepada 146,000 orang pada suku pertama 2022, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata, ini selaras dengan usaha dana persaraan itu yang memulakan strategi jangka panjang untuk meluaskan liputan perlindungan sosial rakyat Malaysia dalam usaha memperkukuh ekosistem sokongan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
“Buat masa ini, walaupun ada pelbagai inisatif perlindungan sosial yang diperkenal dan sesetengahnya mendapat pembiayaan kerajaan, namun rata-rata kesedaran mengenai pentingnya perlindungan sosial dan persiapan untuk hari tua masih terlalu rendah dalam kalangan sejumlah besar rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Kemudahan Insurans dan Takaful i-Lindung KWSP di sini, hari ini.
Menurut Tengku Zafrul, salah satu aspek terpenting adalah berkaitan pengukuhan perlindungan sosial dan tanggung jawab tersebut telah diberikan kepada KWSP apabila kerajaan mula melaksanakan Program Transformasi GLC.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PELABURAN BERIMPAK TINGGI PERKASA MASA DEPAN ANAK MUDA MELAKA
RIM 28 Jun – Melaka memperuntukkan hampir RM70 juta bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan belia, memperkasa fasiliti sukan serta inisiatif...
BELIA PERLU PERKUKUH POTENSI DIRI SEBELUM USIA 30 TAHUN
RIM 27 Jun – Anak muda perlu lebih agresif, melakukan persiapan untuk membina, sekali gus memperkukuh potensi diri dengan memanfaatkan...
SEMBILAN INDIVIDU TERMASUK PEMANDU CEDERA, BAS EKPRES TERBABAS DI NILAI
NILAI 27 Jun - Sembilan individu termasuk pemandu bas cedera dalam kejadian sebuah bas ekspres terbabas di Kilometer 275.4 Lebuhraya...
BUKAN SEKADAR RIDE, KONVOI PEMUDA ALOR GAJAH ERATKAN SILATURAHIM
AYER KEROH 27 Jun – Bukan sekadar mengumpulkan ribuan penunggang motosikal, sebaliknya menjadi platform menyatukan komuniti menerusi minat yang sama....
‘RED LECHWE’ ZOO MELAKA JALANI PROSEDUR SEDASI, RAWAT BENGKAK TESTIS
AYER KEROH 27 Jun - Di sebalik haiwan spesies antelop diberi nama ‘Red Lechwe’ ini, berdiri sepasukan Veterinar Zoo Melaka...
MIMPI NGERI BANJIR KILAT MALIM JAYA BERAKHIR
KESIDANG 27 Jun – Masalah banjir kilat yang pernah menjadi mimpi ngeri penduduk Malim Jaya berjaya dikurangkan secara signifikan menerusi...
