
SEMBILAN INDIVIDU TERMASUK PEMANDU CEDERA, BAS EKPRES TERBABAS DI NILAI
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Johari Yahya berkata dalam kemalangan kira-kira 6.30 petang itu, bas ekspres yang membawa 15 penumpang dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Kuala Lumpur menuju Johor Bahru dipercayai hilang kawalan dan melanggar tiang konkrit.
“Akibat kemalangan itu, pemandu bas tersepit di tempat duduk manakala pembantu bas dan tujuh penumpang berusia 19 hingga 53 tahun mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata semua mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk rawatan lanjut.
Johari berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila bas berkenaan hilang kawalan sebelum terbabas, dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: LERAI KESESAKAN BANDAR HILIR JADI AGENDA JASMINE
BANDA HILIR 10 November - Kesesakan lalu lintas di kawasan tumpuan pelancongan antara isu utama yang mahu ditangani calon Barisan...
PRN MELAKA: RAIS JANJI 30 PERATUS PERUNTUKAN SUNGAI UDANG UNTUK KEBAJIKAN, AKTIVITI TENTERA
SUNGAI UDANG 10 November - Sebanyak 30 peratus daripada peruntukan untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang akan dikhususkan bagi...
DUA PRN, DUA PENGALAMAN MENGUNDI SELEPAS BERSALIN
SUNGAI UDANG 10 November – Lima tahun lalu, Nurul Atikah Syuhada Zainal mengundi awal ketika masih berpantang selepas melahirkan anak...
PRN MELAKA: 817 PEGAWAI, ANGGOTA POLIS LAYAK UNDI AWAL DI IPK
AYER KEROH 10 November - Seramai 817 pegawai dan anggota polis dijadual menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal di Ibu Pejabat...
PRN MELAKA: 9,769 WARGA TENTERA, PASANGAN LAYAK UNDI AWAL
SUNGAI UDANG 10 November - Seramai 9,769 warga Tentera Darat Malaysia (TDM) dan pasangan layak menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal...
DANA RM50 JUTA: UMNO SEDIA DIAUDIT BILA-BILA MASA
PANTAI KUNDOR 10 November – UMNO bersedia akaun kutipan sumbangan bagi melunaskan denda RM50 juta mantan Perdana Menteri, Datuk Seri...
