
Penduduk Malaysia dianggar 32.7 juta pada 2022
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata penduduk warganegara meningkat daripada 30.0 juta orang pada 2021 kepada 30.2 juta orang pada 2022, dengan kadar pertumbuhan penduduk warganegara turun daripada 0.8 peratus kepada 0.7 peratus bagi tempoh yang sama.
Menurut penerbitan yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) itu hari ini, beliau berkata komposisi penduduk warganegara pada 2022 meningkat kepada 92.6 peratus iaitu peningkatan sebanyak 0.5 mata peratus berbanding 92.1 peratus pada 2021.
“Pada 2022, penduduk lelaki melebihi penduduk perempuan iaitu masing-masing 17.0 juta dan 15.7 juta. Nisbah jantina adalah 109 lelaki bagi setiap 100 perempuan,” katanya.
Mohd Uzir berkata komposisi penduduk berumur 0-14 tahun iaitu kategori umur muda pada 2022 menurun kepada 23.2 peratus berbanding 23.6 peratus pada 2021, manakala komposisi penduduk berumur 15-64 tahun (umur bekerja) meningkat daripada 69.4 peratus pada 2021 kepada 69.5 peratus pada 2022. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
WRUR AYER LIMAU: RUMAH DAIF PESAKIT ANGIN AHMAR DAPAT PERHATIAN MPAG
AYER LIMAU 10 September - Keadaan rumah seorang pesakit angin ahmar yang uzur mendapat perhatian Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)...
MINAT BERTANI BAWA ‘MAMA’ KE KURSUS BAJA ORGANIK
AYER LIMAU 10 September - Hobi bercucuk tanam di kebun kecil berhampiran rumah bukan sekadar mengisi masa lapang buat Jamilah...
MASJID BAHARU BAKAL PERMUDAH URUSAN IBADAH PENDUDUK BERTAM
PAYA RUMPUT 10 September – Pembinaan masjid kariah baharu di Taman Desa Bertam membawa khabar gembira buat penduduk setempat apabila...
HADIAH LUMAYAN UNTUK PEMINJAM TAPEM KONSISTEN LUNAS PINJAMAN
AYER LIMAU 10 September - Peminjam Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) yang konsisten melunaskan bayaran pinjaman berpeluang membawa pulang...
‘TOK RAUF MASIH KENAL AYAH’
AYER LIMAU 10 September - Perbualan ringkas mengenai bapanya yang pernah berkhidmat di jabatan kesihatan bertukar menjadi detik tidak disangka...
AHMAD IRFAN GENGGAM ANUGERAH KETUA PENGARAH
SELANDAR 9 September - Pengalaman memimpin rakan pelajar ketika menggalas tanggungjawab sebagai Yang Dipertua (YDP) Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Kolej...

