
Pengarah syarikat didakwa pecah amanah wang RM80,000
KUALA LUMPUR 28 April. – Seorang pengarah syarikat yang mengusahakan sebuah restoran didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan wang syarikat berjumlah RM80,000 untuk kegunaannya sendiri, tahun lalu.
Fong Kin Yew, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman.
Lelaki itu didakwa sebagai pengarah Syarikat Soi 55 Sdn Bhd yang diamanahkan dengan penguasaan dana syarikat itu telah melakukan pecah amanah terhadap wang RM80,000 bagi kegunaan sendiri di sebuah restoran di Jalan Solaris 5, Solaris Mont Kiara di sini antara 8 pagi hingga 5 petang, 16 Mac 2020.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari dua tahun dan penjara maksimum 20 tahun, dengan sebat dan juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan Fong diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Mei ini untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Afiq Nazrin Zahari manakala tertuduh diwakili peguam Wong Joon Wye.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PERZIM AJAK RAKYAT MALAYSIA HAYATI ERTI KEMERDEKAAN
AYER KEROH 15 Ogos - Bagi membangkitkan semangat cintakan negara dan patriotisme Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengatur pelbagai pengisian serta...
KEJOHANAN EMPAT PENJURU, MEDAN MELAKA FC UJI KESERASIAN PEMAIN
BANDA HILIR 14 Ogos - Kejohanan Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament 2026 menjadi medan penting buat Melaka FC...
MAIM BAIK PULIH LIMA PREMIS TERBIAR DALAM KAWASAN TAPAK WARISAN
AYER KEROH 14 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengambil tindakan segera dengan memberi nafas baharu kepada lima premis...
MELAKA FC ANJUR KEJOHANAN EMPAT PENJURU SEMPENA ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG DI-PERTUA NEGERI
BANDA HILIR 14 Ogos - Melaka FC menyasarkan penganjuran The Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament 2026 sebagai acara...
MPHTJ SELESAIKAN 70.2 PERATUS ADUAN RAKYAT
AYER KEROH 14 Ogos - Penyelesaian masalah dan aduan rakyat menjadi antara ukuran utama prestasi Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya...
PERZIM SASAR 4,000 PENGUNJUNG SERBU ENAM MUZIUM 31 OGOS INI
AYER KEROH 14 Ogos - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menyasarkan lebih 4,000 pengunjung melawat muzium dan galeri di bawah seliaannya...
