Pengunjung mula ke Zoo Melaka jam 9 pagi

Masa Membaca:1 Minit, 44 Saat

AYER KEROH 1 Okt. – Zoo Melaka mula menerima kedatangan pengunjung seawal jam 9 pagi selepas dibenarkan beroperasi pada Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN), bermula hari ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datuk Shadan Othman berkata, setakat jam 9.30 pagi pihaknya merekodkan 20 pengunjung ke taman haiwan itu.

“Kalau ikut tempahan ‘online’ kita tak nampak lagi pengunjungnya, tapi majoriti yang komen di Facebook rasmi Zoo Melaka lebih daripada 100 orang yang mahu datang ke sini.

“Kita jangka hari ini lebih 150 pengunjung yang akan datang, tapi kalau esok (Sabtu) dan Ahad saya yakin mesti lagi ramai datang,” katanya ketika dihubungi MHI.

FARAH.

Sementara itu, peniaga cenderamata Farah Azim, 34, berkata biarpun hari pertama beroperasi selepas empat bulan tutup, namun kedainya mula dikunjungi pelanggan.

“Rasa bersyukur sangatlah kerana boleh buka kedai, pendapatan pun dan tiada.

“Dah empat bulan lebih saya tutup kedai, dengar kerajaan cakap hari ini boleh buka, rasa lega dan harap orang ‘support’ kami berniaga di sini.

“Pagi tadi pun saya buka awal dalam jam 8 lebih sebab nak kemas kedai. Setakat ini alhamdulillah, adalah yang singgah kedai dan dapatlah kita bernafas sikit,” katanya ketika ditemui MHI.

SOP perlu dipatuhi semasa ke Zoo Melaka.

Menurut Farah dia menjangkakan lebih ramai pelanggan ke kedainya pada hujung minggu memandangkan hari ini adalah hari bekerja.

“Saya rasa esok lagi ramai, hari ini Jumaat orang solat dan bekerja. Mungkin Sabtu dan Ahad ni ramai sebab hari Isnin anak-anak dah mula sekolah,” katanya.

Bagi pengunjung Norakmal Syamsuddin, 37, dari Merlimau turut teruja membawa anak-anaknya untuk bersiar di Zoo Melaka.

NORAKMAL.

“Anak-anak dah lama tak keluar jadi mereka seronok dan ambil peluang untuk lihat sendiri binatang dalam Zoo ini.

“Saya datang awal sebelum jam 9 pagi, jadi orang pun masih tak ramai dan rasa selamat sikit. SOP di sini pun kita kena patuh sebelum masuk Zoo lagi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1373
Kongsi :
Previous post Penggiat pelancongan setia dan sedia tunggu sempadan dibuka
Next post Polis kesan modus operandi penipuan baharu WhatsApp, babitkan kerugian lebih RM30,000
Ubah saiz-+=