Pengusaha pokok karas perlu berdaftar dengan MTIB

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

ASAHAN 15 Julai – Pengusaha pokok karas di negara ini dinasihatkan agar segera berdaftar dengan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB).

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, sehingga kini terdapat kira-kira 10 juta pokok karas telah ditanam dalam negara, namun hanya 2.3 juta sahaja yang sudah berdaftar dengan MTIB.

“Kita berharap pengusaha pokok karas untuk segera berdaftar dengan MTIB kerana jika tidak mendaftar, pokok yang diusahakan itu tidak akan diberikan surat beranak.

“Surat beranak ini amat penting jika pengusaha mahu mengambil hasil gaharu daripada pokok berkenaan untuk tujual dijual atau dieksport,” katanya ketika ditemui dalam sesi lawatan ke Ladang Pokok Karas di Empangan Jus, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Mohd Khairuddin berkata, pihak kementerian turut berharap agar pengusaha pokok karas dalam negara ini agar dapat terus bekerjasama dengan MTIB terutama membabitkan kaedah terkini penghasilan gaharu untuk mendapatkan hasil yang optimum.

“Kita tahu ramai pengusaha mempunyai kaedah tersendiri penghasilan gaharu, namun difahamkan ada yang terpaksa menanggung kerugian besar apabila pokok karas yang diusahakan itu mati.

“Itulah sebabnya mereka (pengusaha) perlu bekerjasama rapat dengan MTIB dan pihak kementerian memandangkan kita juga akan menjalankan kursus berterusan untuk membantu pengusaha karas mendapatkan maklumat yang tepat mengenai kaedah terbaik penanaman pokok karas,” katanya lagi.

Views:

744
Kongsi :
Previous post Lebih 90 peratus pelajar yakin untuk ke sekolah
Next post Industri gaharu bakal diperkasa dalam RMKe-12
Ubah saiz-+=