Penjawat awam Melaka perlu tunjuk komitmen tinggi

Masa Membaca:54 Saat

BANDA HILIR 22 Februari – Penjawat awam di negeri ini dinasihatkan supaya sentiasa bermuhasabah diri dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari berkata, biarpun menjadi hero tidak didendang, namun ia bukan alasan untuk tidak menunjukkan komitmen tinggi terhadap kerjaya diberikan.

“Laksanakan tugas atau tanggungjawab sebaiknya sehingga kita bersara, kerana ini adalah amanah yang diberikan kepada kita.

“Setiap hari kena muhasabah diri, tunjukkan komitmen dalam membuat kerja, kita perlu bersama melaksanakan dasar-dasar yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri.

“Ketua jabatan juga perlu menjadi contoh kepada anak buah atau kakitangan mereka dengan jawatan diberikan, jawatan diberikan bukan keistimewaan tetapi tanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat dan Perjumpaan Yb Setiausaha Kerajaan Negeri bersama Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan di Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka ‘Menyepakati Polarisasi, Menerajui Aspirasi’ di sebuah hotel, di sini hari ini.

Hadir sama, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Salhah Salleh; Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Abdul Aziz Engan; Mufti Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil dan Ketua-ketua Jabatan Negeri serta Persekutuan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

370
Kongsi :
Previous post Tahun Baru Cina lebih bererti buat penghuni Penjara Sungai Udang
Next post Ah Boy lepas rindu peluk anak, isteri
Ubah saiz-+=