Penunggang motosikal bergelang pink disiasat

Masa Membaca:55 Saat

AYER KEROH 21 Okt. – Pihak polis akan membuka kertas siasatan ke atas individu lelaki yang dipercayai ingkar Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) apabila videonya menunggang motosikal tular sekali gus menimbulkan panik pada masyarakat.

Rakaman video itu menunjukkan individu terbabit yang memakai gelang ‘pink’ menunggang motosikal bersama beberapa rakannya dipercayai disekitar Cenderah – Chohong, Jasin.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, kes itu masih dalam siasatan pihaknya dan sedang mengenal pasti identiti individu terbabit.

“Kertas siasatan membabitkan insiden itu akan dibuka oleh pihak kami bagi tindakan lanjut.

“Tindakan akan diambil sejurus individu terbabit selesai menjalani perintah kuarantin yang ditetapkan,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Anti Dadah negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, tindakan individu itu adalah satu kesalahan yang berat apabila tidak patuh kepada arahan kuarantin ke atasnya.

“Dia boleh berhadapan hukuman denda dan penjara selain turut merisikokan keselamatan orang lain.

“Diharap individu ini dapat dikenal pasti dan ditahan agar hukuman sewajarnya dapat dikenakan,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, tindakan merakam perbuatan itu boleh boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat selain mengundang pelbagai persepsi.

Views:

607
Kongsi :
Previous post Melaka kekurangan ‘relau’ untuk pelupusan Al-Quran
Next post Wajarkah UMNO tarik diri dari PN ketika rakyat bergelut COVID-19 dan ekonomi?
Ubah saiz-+=