Penunggang motosikal maut terbabit kemalangan dengan lori

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

MELAKA 7 April. – Penunggang motosikal maut selepas terbabit kemalangan dengan sebuah lori dalam kejadian di Lebuh Alor Gajah- Melaka Tengah- Jasin (AMJ) Rembia, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian, kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa Mohd Najib Che Mat, 37, yang menunggang motosikal Honda EX5 maut di lokasi kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, sebelum kejadian kedua-dua kenderaan terbabit dalam perjalanan dari arah Alor Gajah menghala ke Melaka.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang datang dari arah sama dikatakan terlanggar bahagian belakang lori terbabit.

“Sebelum itu lori dipandu lelaki berusia 39 tahun yang membawa muatan ‘hardware’ telah berhenti di lorong kecemasan,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati keadaan jalan lurus dan terdapat dua lorong selain mendaki bukit.

“Akibat rempuhan itu mangsa disahkan meninggal di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

“Mayatnya kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah bagi proses bedah siasat selain kedua-dua kenderaan kini ditahan di Balai Trafik Alor Gajah untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut membabitkan kejadian masih dijalankan selain kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1670
Kongsi :
Previous post JSJN Melaka lupus dadah bernilai RM180,000
Next post MPHTJ beri pengurangan sewa bernilai lebih RM296,000
Ubah saiz-+=