Perkongsian adat dan budaya tiga negara

Masa Membaca:59 Saat

AYER KEROH 13 September – Seramai 70 delegasi dari Selatan Thailand dan Siak, Sumatera, Indonesia, berkampung selama empat hari bermula 7 September lalu, di negeri ini bagi menjalinkan kesalinghubungan adat serta budaya antara tiga negara di rantau ini.

Pengerusi Persatuan Sidang Ketua Kampung Parlimen Hang Tuah Jaya (PSKKPHTJ), Talib Baba berkata, banyak perkara baharu dipelajari dan dikongsi sepanjang Program Lawatan Pertukaran Adat Delegasi Selatan Thailand dan Siak Sumatera yang dianjurkan.

Menurutnya, program seumpama itu memberi pendedahan kepada semua Sidang mengenai adat dan budaya sekitar Nusantara secara lebih meluas.

“Program sarat dengan pelbagai pengisian, semua peserta tidak lokek untuk berkongsi mengenai adat dan budaya masing-masing.

“Kami mewakili Melaka turut mempersembahkan secara praktikal adat budaya Melayu Melaka kepada Delegasi yang hadir. Semua ini mampu mengeratkan lagi tali silaturrahim antara ketiga-tiga negara dalam hal adat dan budaya,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Bagi memberikan pendedahan mengenai adat dan budaya di Negeri Melaka, delegasi juga dibawa melawat beberapa lokasi berkaitan seperti Kolej Al Quran Sayidina Ali (KAQSA), Persatuan Warisan Anak Jawa Paya Dalam (PERWAJA), Balai Adat Duyong, Muzium Hang Tuah, Perkampungan Hang Tuah dan Masjid Jamek Laksamana Hang Tuah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1208
Kongsi :
Previous post Wanita warga emas kerugian RM1.4 juta terpedaya ‘phone scam’
Next post 800 sahut cabaran larian denai Gunung Ophir
Ubah saiz-+=