Perluas skop laporan bantu pengamal media tempatan

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 3 Dis. – Pegawai perhubungan perlu proaktif mencari sudut pelaporan yang baharu untuk membantu penggiat media di negeri ini.

Ketua Pegawai Perhubungan Kota Melaka Nur Azan Hasan berkata, tugas pegawai perhubungan itu bukan sahaja sebagai pelapor kepada tugas mereka, tetapi memastikan hasrat Ketua Menteri sampai kepada rakyat.

“Dari segi tugasan kami diminta membuat laporan isu setiap hari, tapi isu tersebut kadang-kadang agak ‘cliche’ kerana hampir setiap hari kita bawa isu berkaitan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Jadi, apa saja maklumat dari rakyat nak disampaikan kepada kerajaan negeri, kita juga akan jadi penyampai sekali gus memperluaskan skop laporan,” katanya kepada MHI.

Nur Azan berkata demikian selepas mengadakan kunjungan bersama pegawai-pegawai perhubungan agensi kerajaan negeri di pejabat Melaka Hari Ini (MHI), hari ini.

Jelasnya, daripada sudut aduan kebanyakannya lebih kepada aduan melibatkan PBT.

“Majoritinya aduan rakyat melibatkan masalah PBT, kalau kita kitar semula isu PBT mungkin kita akan terlepas pandang sebenarnya ada isu lebih besar selain PBT.

“Jadi saya memberi cabaran ini kepada pasukan saya supaya keluar dan mencari idea baharu untuk membuat laporan,” katanya.

Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi MHI Anuar Shaari dan Ketua Editor Melaka Hari Ini (MHI) Muhd Rizanizam Abdul Hamid.

Views:

423
Kongsi :
Previous post Beri masa enam bulan siapkan masjid
Next post Agong berkenan tinjau, sertai operasi SAR remaja jatuh Sungai Pahang
Ubah saiz-+=