Pertimbang sesi khas bincang isu COVID-19

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

SERI NEGERI 23 Sept. – Kerajaan negeri dalam usaha mempertimbangkan cadangan untuk mengadakan satu sesi khas mengenai penjelasan isu pandemik COVID-19 dalam masa terdekat.

Cadangan itu dibangkitkan Kerk Chee Yee (DAP-Ayer Keroh) yang meminta supaya diadakan satu sesi khas berkenaan isu tersebut yang berlaku khususnya di negeri ini.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Wira Ghazale Muhamad berkat,a bagaimanapun segala ketetapan masa akan ditentukan mengikut keputusan jawatankuasa DUN.

“Jawatankuasa khas ini akan bersidang untuk pertimbang apa yang dicadangkan oleh ADUN Ayer Keroh untuk kita mendapatkan lebih penjelasan mengenai isu pandemik COVID-19.

“Namun ia perlu mengikut masa ditetapkan serta mengikut keputusan jawatankuasa dewan yang akan tentukan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab cadangan Kerk Chee Yee (DAP-Ayer Keroh) pada Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Keempat Belas di Seri Negeri, hari ini.

Jelasnya, bagaimanapun cadangan itu tidak akan diadakan di dalam persidangan dewan, malah diadakan di luar dewan bagi memberi satu ruangan khas.

“Saya akan cadangkan kepada kerajaan, cuba kita lihat kerajaan boleh tak memberikan satu ruang khas untuk kita buat satu penjelasan dengan isu COVID-19 ini.

“Tetapi bukan di dalam persidangan dewan, kita adakan di luar dewan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

405
Kongsi :
Previous post Mayat nelayan ditemukan terapung
Next post Melaka perkukuh maksud tafsiran Ahli Sunnah Wal Jamaah
Ubah saiz-+=