Peruntukan tambah baik ICQS dipertimbangkan

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

KOTA LAKSAMANA 21 Jun- Kementerian Kewangan akan mempertimbangkan permohonan untuk menyalurkan peruntukan membaik pulih beberapa fasiliti di Kompleks Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Melaka.

Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa berkata, meskipun permohonan peruntukan itu perlu dibuat oleh Jabatan Imigresen Melaka melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) namun pihaknya akan mengambil perhatian sebelum diberikan sejumlah kelulusan.

“Saya dimaklumkan secara keseluruhan fasiliti di sini berada dalam keadaan baik cuma yang kita perlu lakukan kerja ‘kosmetik’ yang kita kena buat seperti kebocoran ini kerana kita tidak mahu ia boleh rosakkan aset.

“Kita harap dapat pertimbangkan. Jabatan Imigresen akan membuat permohonan melalui KDN jadi kita di unit kewangan sekurang-kurangnya ‘aware’ dan kita tunggulah permohonan daripada KDN untuk diproses selain kita tengok yang menjadi keutamaan dan lebih penting,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke ICQS di Kota Laksamana, hari ini.

Menurut beliau, fasiliti dan bangunan di ICQS perlu diberi perhatian memandangkan kira-kira 80 peratus yang menggunakannya adalah pelancong asing yang datang ke negeri ini untuk mendapatkan rawatan di hospital.

“Tindakan ini perlu bagi memastikan ia tidak menjejaskan keselesaan pelancong khususnya yang datang dari Indonesia dan mereka yang menggunakan terminal ini.

“Kita bersedia memberikan peruntukan itu menerusi Bajet 2023 tetapi kita akan melihat dahulu permohonan yang akan dibuat itu nanti,” katanya

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1644
Kongsi :
Previous post MINDEF hasrat wujudkan kawasan tanaman di kem tentera, jamin sekuriti makanan
Next post Angkara ceroboh rumah jiran, Molly mati ditembak
Ubah saiz-+=