Pesakit kronik wanita korban baharu COVID-19

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 16 Sept. – Pesakit kronik Wanita berusia lingkungan 39 tahun antara empat korban baharu COVID-19 hari ini.

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) menerusi infografik dikongsikan di Facebook rasminya, memaklumkan wanita terbabit disahkan positif pada 13 September lalu dan punca jangkitan adalah daripada kontak sosial.

“Mangsa mempunyai sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit buah pinggang kronik, penyakit paru-paru kronik dan sakit jantung.

“Mangsa adalah pesakit dari Peringgit yang mempunyai gejala seperti demam serta sakit perut sebelum disahkan positif COVID-19,” katanya.

Menurut JKN, tiga lagi mangsa membabitkan pesakit lelaki berusia 43 tahun (tiada sejarah penyakit) disahkan positif pada 2 September lalu, diikuti seorang lagi mangsa lelaki (berusia 62 tahun) tiada sejarah penyakit dan disahkan positif pada 13 September lalu.

“Dan seorang lagi pesakit wanita berusia 76 tahun disahkan positif pada 14 September lalu yang menghidap kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang kronik,” katanya.

Bagi perincian kes positif, sebanyak 269 kes direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 54,237 kes.

“Daripada 269 kes itu, 265 adalah kes tempatan dan empat kes import.

“Manakala bagi pecahan mengikut daerah, sebanyak 206 kes di Melaka Tengah, 37 kes daerah Jasin dan 26 kes Alor Gajah.

“Pertambahan kes menjadikan sebanyak 6,908 kes masih aktif yang mana 69 di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 30 menggunakan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

955
Kongsi :
Previous post Hari Malaysia: Manfaat riadah terapi keluarga
Next post Agong, permaisuri adakan lawatan khas ke UK mulai hari ini
Ubah saiz-+=