Sorting by

×

Pesawat FA-50 demi kesiapsiagaan pertahanan negara

Masa Membaca:54 Saat

ALOR GAJAH 26 Februari – Pembelian aset ketenteraan baharu iaitu pesawat tempur ringan FA-50 seiring dengan keperluan dan memastikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bersedia dalam mempertahankan negara.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, keputusan yang diambil itu sejajar dengan hasrat kerajaan, dasar pertahanan negara dan Kertas Putih Pertahanan (KPP) negara.

Adly berkata sementara menunggu pembelian baharu itu lengkap, aset sedia ada akan terus diselenggara seperti biasa.

“Bagi pembelian pesawat FA-50 banyak faktor dipertimbangkan termasuk mengambil kira ‘end user’ (Tentera Udara Diraja Malaysia).

“Pemilihan aset bukan sahaja yang terbaik sebaliknya kita juga lihat apa keperluan kita,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Alor Gajah di Kampung Gangsa, di sini, hari ini.

Baru-baru ini, media melaporkan, pengeluar tunggal pesawat Korea Selatan, Korea Aerospace Industries (KAI) memenangi perjanjian pesawat bernilai AS920 juta (RM4.08 bilion) bagi membekalkan 18 buah pesawat tempur ringan kepada Malaysia.

Pemilihan FA-50 mengenepikan pesawat jenis Tejas (India), JF-17 (Pakistan), MIG-35 (Russia) dan Hurizet (Turkiye) turut bersaing mendapatkan kontrak berkenaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1800
Kongsi :
Previous post Belanjawan 2023: fokus utama kedaulatan negara, kebajikan veteran
Next post Alor Gajah Digital platform aduan rakyat
Ubah saiz-+=