
Pesawat ringan terbabas, penerbangan dari Langkawi terkandas
LANGKAWI 30 Mac – Sebuah pesawat ringan dilaporkan terbabas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, sebentar tadi.
Menurut juru cakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Langkawi, pesawat yang terbabas merupakan sebuah pesawat latihan jenis Eagle.
Dilaporkan seorang wanita cedera dalam insiden berkenaan dan telah dihantar oleh Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) ke Hospital Langkawi.
Disebabkan insiden yang berlaku sekitar jam 7.30 malam itu, beberapa penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi tergendala pada ketika ini.
Turut berada di dalam pesawat ialah tiga pengamal media dari Melaka yang datang ke Langkawi sejak kelmarin bagi menghadiri Program Pemukiman Kelab-kelab Media Se-Malaysia yang berakhir hari ini.
Setakat artikel ini ditulis, dimaklumkan kerja-kerja pembersihan masih giat dijalankan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘IBU CUMA MAHU AIRA SEMBUH, KEMBALI CERIA’
AYER LIMAU 16 Ogos - Di sebalik senyuman dan semangat seorang kanak-kanak berusia enam tahun, tersimpan perjuangan getir melawan kanser...
KRT SUTERA WANGI AKTIF SATUKAN PENDUDUK, TANGANI ISU TAMAN
AYER KEROH 16 Ogos - Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sutera Wangi Fasa Baru, Batu Berendam terus mempergiat aktiviti kemasyarakatan...
KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG SUNTIK SEMANGAT PATRIOTIK RAKYAT MELAKA
AYER KEROH 16 Ogos - Kempen mengibarkan Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan yang dianjurkan Jabatan Penerangan (JaPen) Melaka bukan sahaja...
SHADAN DILANTIK KOMANDER REJIMEN 514 ASKAR WATANIAH
AYER KEROH 16 Ogos - Datuk Shadan Othman dilantik sebagai Komander Rejimen 514 Askar Wataniah Melaka yang baharu. Pelantikan itu...
MAIM SALUR RM30,000 BANTU ADIK AIRA LAWAN KANSER LIMFOMA
AYER LIMAU 16 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyalurkan sumbangan RM30,000 bagi membantu seorang kanak-kanak berusia enam tahun,...
KEENAKAN DODOL MELAKA JADI KENANGAN DELEGASI AFRIKA-ASIA
MACHAP JAYA 16 Ogos - Pengalaman lima hari di Malaysia sepanjang mengikuti latihan dan menginap di Felda Hutan Percha memberi...
