Piala Sulaiman cari regu sepak takraw terbaik Melaka

Masa Membaca:58 Saat

BANDARAYA MELAKA 19 Jan – Persatuan Sepak Takraw Melaka (PASTAM) bakal mengembalikan saingan liga sepak takraw di negeri ini dengan memperkenalkan kejohanan sepak takraw tertutup Melaka merebut Piala Sulaiman 2022.

Presiden PASTAM Datuk Akramuddin Abdul Aziz berkata, idea penganjuran itu tercetus berikutan Melaka sudah lama tidak menganjurkan pertandingan sepak takraw.

Katanya, selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali perkara itu telah dibincangkan dan dipersetujui, sebelum memilih nama Piala Sulaiman sebagai tanda penghargaan kepada Ketua Menteri itu sendiri.

“Bila idea itu dilontarkan, Ketua Menteri (Sulaiman) telah bersetuju memandangkan pertandingan sepak takraw di Melaka telah jarang diadakan.

“Kali terakhir kita adakan pertandingan ialah pada 2017 dan sebab itulah kita akan mengembalikan semula pertandingan seperti itu menerusi Piala Sulaiman,” katanya dalam pelancaran Piala Sulaiman, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata kejohanan itu akan mengikut format Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) dan Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) dengan penyertai 48 regu terbaik.

Namun, ia hanya akan dibuka kepada pemain asal Melaka yang mempunyai kad pengenalan 04 dan 30 sahaja.

“Insya-Allah jika dapat sambutan menggalakkan, untuk edisi seterusnya kita akan buka penyertaan dari luar pula,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

842
Kongsi :
Previous post Ajal pengantin baharu pulang kerja
Next post Prof Dr Haim Hilman dilantik Naib Canselor UUM
Ubah saiz-+=