Pindaan Akta Orang Asli di peringkat kedua

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

SERI NEGERI 27 Ogos – Kajian berhubung pindaan Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) kini berada di fasa dua sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Datuk Sapiah Mohd Nor berkata, bagi merealisasikan perkara itu pihaknya giat melakukan sesi libat urus agar pelaksanaan itu berjalan lancar.

“Dengan pindaan akta ini yang akan dilaksanakan, ia sudah berada di fasa dua selain konsultan juga sudah dilantik untuk membuat semakan ke atas semua akta yang terbabit.

“Selain saya berharap juga (menerusi pindaan akta) dalam masa lima atau 10 tahun kemudian masyarakat Orang Asli akan dapat miliki tanah setaraf atau sama dengan masyarakat perdana yang bergeran,” katanya.

Terdahulu beliau ditemui selepas Istiadat Penganugerahan sempena Sambutan Hari Jadi ke-74 Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam, hari ini.

Sementara itu mengulas mengenai persiapan masyarakat Orang Asli menjelang sambutan kemerdekaan Sapiah berkata, pelbagai aktiviti sudah dirangka jabatan itu untuk menyemarakkan serta menyemai semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat itu.

“Untuk Bulan Kebangsaan ini kita telah melaksanakan pelbagai aktiviti bersama masyarakat Orang Asli di perkampungan mereka.

“Kita mulakan dengan pemasangan Jalur Gemilang dan kemudiannya nanti akan adakan aktiviti masyarakat khusus di perkampungan Orang Asli mengikut negeri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

956
Kongsi :
Previous post Sasar 10 peratus orang awam di Melaka miliki ilmu asas pertahanan awam
Next post MBMB teliti semula cadangan bina tiang penghadang konkrit di medan selera
Ubah saiz-+=