Sorting by

×

Pingat emas terakhir Juwaidi?

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

“INI mungkin pingat terakhir saya di Sukan SEA”. Itu kata pemenang tujuh pingat emas Sukan SEA dalam acara memanah, Juwaidi Mazuki, 32.

Menurutnya selepas memenangi dua pingat emas di Hanoi, Vietnam bulan lalu, ia mungkin menjadi penampilan terakhirnya memandangkan sukan memanah mungkin tidak akan dipertandingkan pada temasya di Kemboja, tahun depan.

“Ini edisi kelima Sukan SEA untuk saya dan mungkin saya tidak akan beraksi lagi selepas ini kerana Kemboja mungkin tidak akan menyenaraikan sukan ini memandangkan mereka tidak kuat dalam sukan memanah.

“Mungkin kena tunggu edisi berikutnya di Thailand. Jika saya masih dipilih, saya akan teruskan, tetapi jika tempat saya diambil alih atlet junior saya akan akur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Insentif daripada kerajaan negeri di bawah Skim Hadiah Insentif Kemenangan Sukan Negeri Melaka, semalam.

Menerusi skim tersebut, Juwaidi menerima ganjaran berjumlah RM23,000 hasil kejayaannya merangkul dua pingat emas dalam acara Recurve individu dan compound berpasukan campuran dan satu gangsa acara berpasukan lelaki pada temasya dwitahunan itu.

Mengulas mengenai kejayaannya itu, Juwaidi yang juga jurulatih atlet SUKMA Melaka menyifatkan kejayaan pada temasya kali ini antara yang terbaik terutama apabila buat julung kali berjaya menyumbang pingat emas dalam acara individu.

“Sebelum ini pencapaian terbaik saya adalah pingat perak acara individu di Sukan SEA Kuala Lumpur, alhamdulillah ini kali pertama bawa pulang emas.

“Walaupun kita gagal mempertahankan emas dalam acara berpasukan, namun bagi saya kejayaan pada temasya kali ini tetap manis sepanjang karier saya sejak menyertai pasukan kebangsaan pada 2013,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1122
Kongsi :
Previous post Temui kumbang hampir pupus di Taman Rama-rama
Next post Bukit Aman rampas dadah lebih RM25 juta di Selangor, Kedah
Ubah saiz-+=