PKP beri ilham pelajar KPMBM jana pendapatan

Masa Membaca:56 Saat

BANDARAYA MELAKA 17 Jun – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu memberi ilham kepada Pelajar Kolej Profesional MARA Bandar Melaka (KPMBM) untuk mencari duit poket dengan membuat peniagaan atas talian.

Muhammad Affiq Saad, 21, mula berjinak dalam perniagaan secara kecil-kecilan itu dengan menjual ayam panggang kepada penduduk di sekitar kampungya sejak 20 April lalu.

“Saya dah semester akhir bagi program Diploma Keusahawanan di KPMBM, jadi masa terluang sepanjang PKP saya manfaatkan dengan mencari pendapatan sendiri untuk perbelanjaan sampingan.

“Bermodalkan RM3,000, alhamdulillah saya berjaya memasarkan produk sendiri iaitu ‘Ayam Panggang Rosemary’ ke kawasan Alor Setar, Jitra dan Changlun,” katanya.

Anak pasangan Saad Majid dan Ku Hasnishah Ku Yaakub ini turut menyimpan impian untuk membuka cawangan di setiap negeri.

Katanya, ayam panggang itu hanya dihantar ke rumah penduduk yang berdekatan kerana tidak mahu mengambil risiko memandangkan penularan wabak Covid-19.

“Alhamdulillah, saya berjaya memperoleh keuntungan lebih RM10,000 sejak perniagaan ini dijalankan. Syukur atas sambutan dan sokongan daripada semua pihak.

“Selepas konvokesyen nanti, insyaAllah saya ingin cuba meneruskan perniagaan di Melaka, bagaimanapun ia masih dalam perancangan,” katanya yang merupakan anak bongsu dari tiga beradik.

Views:

691
Kongsi :
Previous post Asrama pekerja asing jijik
Next post JAIM benarkan jemaah usia lebih 70 tahun
Ubah saiz-+=