
PKP di enam daerah di Selangor bermula Khamis ini
PUTRAJAYA 4 Mei. – Enam daerah di Selangor diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 6 Mei sehingga 17 Mei, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata enam daerah itu adalah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang manakala baki tiga daerah iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor kekal dengan status PKP Bersyarat (PKPB).
“Dalam mengekang COVID-19 kerajaan sentiasa menilai semula arahan PKP khususnya di negeri yang mencatatkan kes positif secara mendadak.
“Kerajaan negeri Selangor melalui Menteri Besar dan Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor telah membentangkan untuk pelaksanaan PKP di Selangor,” katanya dalam sidang media mengenai PKP, PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) hari ini.
Beliau berkata pergerakan merentas negeri dan daerah di enam daerah yang dikenakan PKP di Selangor tidak dibenarkan kecuali kes kecemasan seperti kes kematian.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR DUN ASAHAN: HARI KETIGA PADAT AKTIVITI, TERIMA SAMBUTAN MENGGALAKKAN
ASAHAN 5 April - Sambutan positif dan menggalakkan diterima pada hari ketiga penganjuran Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
WRUR DUN ASAHAN: 125 MURID ISTIMEWA TEROKAI KEPENTINGAN AIR MENERUSI EXPLORACE ANAK SYURGA
ASAHAN 5 April - Seramai 125 anak istimewa sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menyertai program Explorace Anak Syurga: Jejak...
MELAKA NAFI CATU AIR, BEKALAN MASIH STABIL
AYER KEROH 5 April - Kerajaan Negeri menafikan sebarang pelaksanaan catuan air seperti yang tular di media sosial baru-baru ini...
SITI NAJIHA ‘TERANGI’ HIDUP OKU
ASAHAN 5 April - Kehilangan upaya penglihatan sejak usia enam tahun dan bergelar Orang Kurang Upaya (OKU) bukan penghalang buat...
DUN AYER LIMAU FOKUS RUMAH MAMPU MILIK, BAWAH RM250,000
AYER LIMAU 5 April - Projek rumah mampu milik di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menjadi keutamaan dalam...
MELAKA BILA LARUT MALAM ‘MAGNET’ PELANCONGAN
TELOK MAS 5 April – Program Melaka Bila Larut Malam terus mendapat sambutan hebat apabila secara purata merekodkan kehadiran lebih...
