
PKPD di Sekolah Henry Gurney Telok Mas, dilanjutkan hingga 2 April
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka disambung mulai 20 Mac hingga 2 April depan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan memutuskan sedemikian berikutan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan masih berlaku peningkatan kes kalangan penghuni di sekolah terbabit.
Beliau berkata, sehingga kini KKM sudah menjalankan 602 ujian saringan dan daripada jumlah itu 27 kes positif direkodkan.
“KKM mengesahkan masih berlaku peningkatan kes dalam kalangan penghuni di sekolah terbabit selain baki 171 sampel ujian saringan sedang menunggu keputusan.
“Selepas penilaian risiko bersama pelbagai agensi serta Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat COVID-19 kerajaan bersetuju melanjutkan PKPD mulai 20 Mac hingga 2 April depan,” katanya pada sidang media khas PKP di sini, hari ini.
Ismail Sabri berkata, sebelum ini kerajaan melaksanakan PKPD di sekolah terbabit selama dua minggu mulai 6 Mac lalu dan berakhir esok.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA BUKAN NEGERI ‘LALAI’, PERUNTUK RM335 JUTA SETAHUN PERKUKUH SYIAR ISLAM
AYER KEROH 19 Mei - Persepsi mengaitkan Melaka sebuah negeri yang lalai kerana didakwa melebihkan acara hiburan berbanding keagamaan merupakan...
DELIMa: PELAJAR BOLEH BAWA GAJET KE SEKOLAH
PAYA RUMPUT 19 Mei - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membenarkan pelajar membawa peranti sendiri seperti tablet dan gajet ke sekolah...
ANGKAT MACHAP JAYA JADI KORIDOR PENDIDIKAN
MACHAP JAYA 19 Mei - Antara legasi yang mahu ditinggalkan figura bernama Datuk Ngwe Hee Sem ini adalah untuk menjadikan...
KPM SASAR 800 ‘AI POWERED CLASSROOM’ MENJELANG AKHIR 2027
PAYA RUMPUT 19 Mei - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyasarkan sebanyak 800 bilik darjah di seluruh negara akan ditransformasikan kepada...
PPKI MELAKA TERIMA SUMBANGAN PERALATAN BAKERI BERNILAI RM40,000
DUYONG 19 Mei - Yayasan Mualaf Malaysia (YMM) menyumbangkan peralatan bakeri dan pastri bernilai hampir RM40,000 bagi program lanjutan kemahiran...
TVET TAHFIZ: DUNIA DAPAT, AKHIRAT TAK RUGI
TABOH NANING 19 Mei - Gabungan ilmu al-Quran dan kemahiran menerusi Program TVET Tahfiz melahirkan individu Muslim yang memiliki pengetahuan...

