
PM Anwar sampaikan Amanat Perdana sempena Hari Kebangsaan 2023 petang ini
KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan Amanat Perdana sempena Hari Kebangsaan 2023 di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada 2 petang ini.
Amanat berkenaan akan disiarkan secara langsung menerusi stesen-stesen media tempatan seperti Bernama TV dan Radio Televisyen Malaysia (RTM), selain menerusi Facebook rasmi perdana menteri dan Kementerian Komunikasi dan Digital.
Anwar akan menyampaikan amanat pertamanya sempena Hari Kebangsaan sejak mengambil alih jawatan perdana menteri pada November tahun lepas.
Kemuncak sambutan Hari Kebangsaan 2023 bertemakan ‘Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’, akan berlangsung di Putrajaya esok.
Ini merupakan kali kelima sambutan Hari Kebangsaan diadakan di Putrajaya iaitu sebelum ini pada 2003, 2005, 2018 dan 2019.
Sejumlah 10 komponen kontinjen akan menyertai acara perbarisan dan perarakan pada 31 Ogos iaitu Kenegaraan, Perpaduan Malaysia MADANI, Ekonomi, Perbankan, Telekomunikasi, Industri Kreatif, Komuniti, Sukan Negara, Kesejahteraan dan Keselamatan Negara.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MBMB PERUNTUK RM14.3 JUTA NAIK TARAF PERPARITAN, KURANGKAN RISIKO BANJIR
AYER KEROH 18 Oktober - Sebanyak RM14.3 juta diperuntukkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bagi melaksanakan 27 projek baik pulih...
MELAKA PERUNTUK RM10.9 JUTA NAIK TARAF FASILITI SUKAN, INSENTIF ATLET DITERUSKAN
AYER KEROH 18 Oktober – Kerajaan Negeri Melaka telah meluluskan peruntukan berjumlah RM10.9 juta menerusi Bajet Negeri Melaka 2026 khusus...
DARI TANGAN WANITA CINA, TERHASIL HANTARAN RAJA SEHARI MELAYU
MERLIMAU 18 Oktober - Selama empat dekad, Tan Ah Lee, 63, tekun menghasilkan barangan jahitan dan sulaman untuk hantaran perkahwinan...
MELAKA SASAR BUDAYAKAN SUKAN, LEBIH 30 AKTIVITI DITAWARKAN
AYER KEROH 18 Oktober – Lebih 30 aktiviti sukan dan rekreasi ditawarkan sempena Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2026 Peringkat...
280 USAHAWAN COKLAT NEGARA RAIH JUALAN RM18.2 JUTA
BANDA HILIR 18 Oktober - Seramai 280 usahawan coklat di bawah bimbingan Lembaga Koko Malaysia (LKM) mencatatkan nilai jualan produk...
MELAKA TUBUH KOPERASI BANTU USAHAWAN MUALAF BERSINAR
BANDARAYA MELAKA 18 Oktober - Penubuhan Koperasi Mualaf Melaka Berhad dijangka membuka ruang lebih luas kepada usahawan mualaf untuk memperkukuh...
