
PM bersantai di kafe tepi tasik
RIM 14 Nov – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempat singgah menjamu selera di sebuah kafe tepi tasik, di sini, hari ini dalam lawatannya selama setengah hari ke Melaka.
Beliau tiba di kafe tersebut kira-kira jam 2.30 petang tadi.
Kehadiran beliau yang juga Naib Presiden UMNO disambut pemimpin dan jentera UMNO Bahagian Jasin dengan laungan ‘hidup Barisan Nasional!’

Ismail dilihat meluangkan masa memberi semangat kepada semua calon dan kepimpinan Barisan Nasional (BN) Bahagian Jasin yang hadir.
Di kesempatan sama, beliau turut beramah mesra dengan pengunjung yang hadir menjamu selera di kafe tersebut.
Hadir sama, Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan; Ahli Parlimen Jasin Datuk Seri Ahmad Hamzah; Ketua UMNO Bahagian Jasin Datuk Wira Hasan Abd Rahman; Bendahari Perhubungan UMNO Melaka Datuk Wira Ghazale Muhamad; calon BN DUN Rim Datuk Khaidhirah Abu Zahar dan lain-lain kenamaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PERPADUAN JADI WARISAN BERHARGA BUAT MELAKA
SERI NEGERI 24 Ogos - Rakyat Melaka diseru menjadikan perpaduan dan keharmonian sebagai warisan paling berharga untuk ditinggalkan kepada generasi...
DR. AKMAL HADIRI MUKTAMAR PEMUDA PAS 3 SEPTEMBER
SERI NEGERI 24 Ogos - Ketua Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh akan menghadiri Muktamar Pemuda PAS di...
TUN DR. MOHD ALI SERU RAKYAT MELAKA PERBAHARUI ILTIZAM KEMERDEKAAN
SERI NEGERI 24 Ogos - Rakyat Melaka diseru memperbaharui iltizam untuk terus memelihara kemerdekaan yang diwarisi daripada generasi terdahulu, terutama...
PDRM PERKETAT KAWALAN SEMPADAN SUSULAN KETEGANGAN DI SELATAN THAILAND
SERI NEGERI 24 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan susulan keadaan keselamatan yang semakin...
AYUH BEKERJA SEBAGAI SATU PASUKAN MELAKA
SERI NEGERI 24 Ogos - Seluruh penjawat awam, jabatan, agensi, anak syarikat Kerajaan Negeri dan kepimpinan Melaka diseru mengetepikan pendekatan...
MELAKA KECIL DI PETA, BESAR DI MATA DUNIA
SERI NEGERI 24 Ogos - Melaka mungkin kecil dari segi keluasan, namun kekuatan sektor pelancongan dan warisannya terus mengangkat nama...

