Pemasalahan banjir Fokus PH sekiranya diberi mandat

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

BUKIT KATIL 14 Nov – Pakatan Harapan (PH) akan memberi tumpuan khusus kepada pemasalahan banjir sekiranya parti itu diberi mandat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, pada Sabtu ini.

Pengerusi PH negeri, Adly Zahari berkata, isu banjir yang membelenggu masyarakat di negeri ini harus diselesaikan segera dan PH selama 22 bulan ketika menjadi kerajaan berjaya membuktikan hal itu.

Beliau berkata, selain isu banjir, tambak laut dan peluang pekerjaan kepada rakyat antara diberi keutamaan dalam mempertingkatkan kesejahteraan rakyat serta pemerkasaan ekonomi.

“PH komited untuk mengatasi masalah ini (banjir) dan berikrar untuk menyelesaikan dalam tempoh lima tahun. Contohnya dalam tempoh ini banjir contohnya di Cheng dapat diselesaikan secara praktikal.

“Berdasarkan pengalaman kita selama 22 bulan juga banyak masalah-masalah yang boleh diselesaikan antara di Kampung Chetti dengan menaik taraf rumah pam, tingkatkan infrastruktur saliran serta di Bukit Baru juga yang akan terputus hubungan setiap kali banjir,” katanya.

Sementara itu, Adly turut memaklumkan, kerajaan PH juga tidak akan membenarkan penjualan pasir selain memfokuskan kepada pengurusan tambakan laut.

“Kerajaan PH Melaka tidak akan melaksanakan penjualan pasir namun akan memberi perhatian kepada pengurusan tambak laut agar dilaksanakan dengan berhemah.

“Sebenarnya penjualan pasir keluar dari Melaka tidak wajar.
Yang benarkan adalah reklamasi bagi kegunaan Melaka,” katanya.

Beliau berkata, apabila adanya tanggungjawab untuk reklamasi, semua kajian harus dibuat berdasarkan keperluan dengan mengambil kira kelestarian alam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

408
Kongsi :
Previous post PM bersantai di kafe tepi tasik
Next post Tujuh penjawat antara 80 invididu ditahan ketika berhibur
Ubah saiz-+=