Tujuh penjawat antara 80 invididu ditahan ketika berhibur

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

MELAKA: Tujuh penjawat awam antara 80 individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan, Jalan Melaka Raya, Taman Melaka Raya, di sini, semalam.

Serbuan yang dilakukan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka menahan semua individu berkenaan berusia antara 17 hingga 62 tahun kira-kira jam 1.20 pagi.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, 30 daripada individu yang ditahan termasuk warga asing adalah wanita.

Katanya, ujian saringan air kencing dijalankan ke atas semua mereka mendapati lima individu termasuk seorang lelaki positif dadah jenis methamphetamine dan ampethamine.

“Bagaimanapun, hasil ujian air kencing keatas semua tujuh penjawat awam itu pula didapati negatif,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Serbuan dilakukan JIPS Bukit Aman dan JSJN Melaka di sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya.

Beliau berkata, dalam serbuan itu sebanyak 65 kompaun turut dikeluarkan kepada pengunjung warga tempatan dengan jumlah kompaun RM4,000 setiap seorang.

“Manakala penjaga premis pula dikenakan tindakan kompaun berjumlah RM10, 000 dan turut disiasat dibawah Seksyen 55B Akta Imigresen,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mereka yang didapati positif disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Tambahnya, bagi tangkapan warga asing pula disiasat mengikut Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen, Seksyen 6(1)(C) akta sama dan Peraturan 39B,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

367
Kongsi :
Previous post Pemasalahan banjir Fokus PH sekiranya diberi mandat
Next post BN Lendu progresif tawan hati pengundi kelabu
Ubah saiz-+=