PM Muhyiddin ingatkan pengunjung bazar Ramadan patuhi SOP

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

KUALA LUMPUR 14 April. – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan pengunjung bazar Ramadan di seluruh negara agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengelak daripada jangkitan COVID-19.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Muhyiddin berkata keadaan COVID-19 belum reda dan semua pihak perlu berhati-hati untuk menjaga keselamatan diri dan orang di sekeliling.

“Amalkanlah penjarakan fizikal dan cuci tangan menggunakan ‘sanitizer’ (cecair pembasmi kuman) sebelum dan selepas berada di tempat yang dikunjungi ramai orang,” katanya.

MUHYIDDIN meninjau gerai di bazar Ramadan di Presint 3, Putrajaya. Foto Facebook PM Muhyiddin

 

Terdahulu, Muhyiddin meluangkan masa berkunjung ke bazar Ramadan di Presint 3, Putrajaya pada jam 5 petang bagi membeli juadah kegemaran di bazar berkenaan.

Muhyiddin berkata beliau sempat berbual dengan peniaga dan pengunjung selain meninjau tahap pematuhan SOP di bazar Ramadan berkenaan.

MUHYIDDIN membeli air minuman di sebuah gerai di bazar Ramadan di Presint 3, Putrajaya.

Jelasnya menerusi kunjungannya ke bazar itu, beliau mendapati penganjur mengambil langkah-langkah perlu, antaranya memisahkan laluan masuk dan keluar pengunjung, jumlah gerai dikurangkan bagi mewujudkan jarak bersesuaian serta menempatkan petugas bagi mengingatkan pengunjung mengenai pematuhan jarak fizikal.

Muhyiddin turut mendoakan rezeki para peniaga dilipatgandakan sepanjang Ramadan dan semua pihak termasuk pengunjung bazar dijauhkan daripada jangkitan COVID-19.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1009
Kongsi :
Previous post Hadir majlis kahwin disyaki punca Kluster Jalan Gapam
Next post MPHTJ akan tarik lesen penganjuran pasar Ramadan abai SOP
Ubah saiz-+=