PM perkenalkan slogan ‘Keluarga Malaysia’

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

KUALA LUMPUR 22 Ogos – Ucapan sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Ismai Sabri sebentara tadi menarik perhatian apabila menggunakan istilah ‘Keluarga Malaysia’ merujuk kepada rakyat Malaysia.

Beliau menegaskan konsep ‘Keluarga Malaysia’ diambil kerana keutuhan negara terikat dengan nilai didikan sempurna sesebuah keluarga.

“Saya menggunakan pendekatan Keluarga Malaysia kerana frasa ini sifatnya lebih inklusif.

“Ia merentasi sempadan agama, bangsa, dan kaum. Di mana, kita menyedari kewujudan sesebuah keluarga yang berkahwin dengan pelbagai bangsa dan agama, tetapi nilai kekeluargaan telah mengikat mereka semua.

“Sebab itu, konsep Keluarga Malaysia diambil kerana bagi saya keutuhan negara terikat dengan nilai-nilai didikan sempurna dalam sesebuah keluarga,” katanya dalam ucapan sulung itu yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen utama negara.

Terdahulu, Perdana Menteri Ke-9 itu menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan baginda bersama seluruh Raja-Raja Melayu, melantiknya sebagai perdana menteri ke-9.

“Saya turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin, mantan Perdana Menteri Malaysia yang telah berusaha sepenuh  tenaga dalam menghadapi kemelut yang melanda negara bersama-sama Ahli-ahli Jemaah Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional (PN). Sekali lagi dengan ikhlas, saya berterima kasih.

“Dengan penuh rasa insaf dan bersyukur, ingin saya menzahirkan rasa terima kasih kepada rakan-rakan Ahli Dewan Rakyat yang setia menyokong saya daripada UMNO, MCA, MIC dan PBRS di bawah panji Barisan Nasional (BN)

“Penghargaan turut dizahirkan kepada rakan-rakan Ahli Dewan Rakyat daripada PPBM, PAS, GPS, STAR, PBS, SAPP, juga Ahli-ahli Dewan Rakyat Bebas yang memungkinkan terbentuknya kerajaan pada hari ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4213
Kongsi :
Previous post Ismail Sabri, Muhyiddin diberi kepercayaan bincang jawatan TPM dan Kabinet
Next post PM ajak pembangkang gembleng tenaga tangani pandemik COVID-19
Ubah saiz-+=