Polis beri jaminan hari mengundi akan berjalan lancar dan selamat

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 19 Nov- Pihak polis memberi jaminan keselamatan untuk orang ramai khususnya warga Melaka yang keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka esok berada dalam keadaan terkawal.

Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Abdul Majid Mohd Ali dalam satu kenyataan hari ini menegaskan pihak Polis akan memastikan proses pilihan raya tersebut berjalan lancar dan selamat.

Katanya, bagi menghadapi situasi pada hari mengundi, polis menggerakkan semua penuagasan dalam kontinjen Melaka serta mendapat bantuan sumber manusia dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

“Sebagaimana sedia maklum, hari mengundi PRN Melaka 2021 ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 20 Nov 2021 bermula jam 8 pagi hingga 5.30 petang bagi membentuk kerajaan.

“Sehubungan dengan itu, saya meminta semua pengundi yang layak mengundi untuk beramai-ramai menjalankan hak dan tanggungjawab sebagai pengundi dan tidak perlu khuatir dan gusar akan keselamatan diri kerana PDRM kontinjen Melaka akan memastikan proses PRN berjalan lancar dan selamat.

“Pihak polis juga telah mengatur gerak kerja bagi menghadapi segala kemungkinan terhadap ancaman keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya.

ABDUL Majid

Abdul Majid turut memberi amaran untuk mengenakan tindakan tegas kepada mana-mana pihak atau individu yang cuba untuk menimbulkan provokasi melampau hingga menjejaskan ketenteraman awam, keselamatan negeri serta negara.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1214
Kongsi :
Previous post DAP dakwa kedai ‘nombor ekor’ di Melaka akan tutup jika PN menang
Next post BN akan lapor SPR, SPRM jika berlaku kes beli undi
Ubah saiz-+=