
POLIS KESAN DUA PEMANDU ENGGAN BERI LALUAN KEPADA AMBULANS
Ketua Polis Daerah Kulai ACP Tan Seng Lee berkata pihaknya telah mengesan kejadian berkenaan kira-kira pukul 2.30 petang melalui satu video yang tular di media sosial berdurasi 1 minit 26 saat dan melibatkan dua kenderaan dipandu warga tempatan.
Beliau berkata dalam kejadian itu, ambulans terbabit yang dalam kecemasan itu dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru.
Katanya, siasatan lanjut telah dijalankan di bawah Kaedah 9 LN166/59 dengan kesalahan tidak beri laluan kepada ambulans.
“Pengguna jalan raya diingatkan untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas serta apabila mendengar atau melihat kehadiran kenderaan kecemasan seperti ambulans, polis dan bomba pastikan memberikan laluan dengan segera,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LIMA KENDURI RAKYAT WARNAI WRUR AYER LIMAU
AYER LIMAU 20 Ogos - Lima kenduri rakyat bakal menjadi antara pengisian utama Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
TOK AJAK ‘HIDUPKAN’ BELIA DAN SUKAN TELOK MAS
TELOK MAS 20 Ogos – Pembangunan fasiliti sukan untuk golongan belia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus diperkasa...
MPV DIHEMPAP POKOK TUMBANG: ENAM TERMASUK KANAK-KANAK TERSELAMAT
JASIN 20 Ogos - Enam individu termasuk dua kanak-kanak terselamat apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dihempap pokok tumbang...
LAMPU SOLAR TERANGI LOKASI GELAP DUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 20 Ogos - Pemasangan lampu solar di lokasi gelap dan laluan berisiko berlaku kemalangan antara usaha berterusan dilaksanakan...
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
