Polis mohon Interpol dapatkan identiti penuh, lokasi Jocelyn Chia – KPN

Masa Membaca:55 Saat

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat permohonan kepada Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mendapatkan identiti penuh dan lokasi terkini pelawak Jocelyn Chia yang memperlekeh Malaysia serta mempersenda tragedi kehilangan pesawat MH370.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata permohonan berkenaan akan dibuat esok esok bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 504/505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media program Lawatan Hospital Sempena Peringatan Hari Polis ke-216 Tahun 2023 di Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM, Cheras, di sini hari ini.

Acryl Sani berkata PDRM juga telah membuat permohonan profiling kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membantu proses siasatan ke atas akaun media sosial digunakan pelawak wanita berkenaan.

“Selain itu, PDRM juga telah membuat salinan transkrip ucapan suspek dalam video klip berkenaan,” katanya.

Sabtu lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan tindakan dan perbuatan tidak sensitif pelawak terbabit sebagai biadab.

— BERNAMA

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1733
Kongsi :
Previous post Isu kalimah Allah: Anwar ingatkan jangan putar belit fakta, tipu rakyat
Next post Sambutan luar biasa rangsang hasil filem lebih baik
Ubah saiz-+=