Politeknik Merlimau johan tarian tradisional

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

MERLIMAU 2 Oktober – Politeknik Merlimau Melaka (PMM) menjulang trofi kemenangan selepas muncul johan Pertandingan Tarian Rampaian Tradisional Melayu pada Festival Kebudayaan dan Warisan ke-11 (FESKEW) Peringkat Kebangsaan di Politeknik Kota Bahru, baru-baru ini.

Pengarah PMM, Norizam Sekak berkata, kemenangan bermakna itu diraih menerusi pasukan Astana Seni PMM yang menampilkan rampaian kombinasi Tarian Zapin Padang Sari dan Joget Penambang pada festival berkenaan.

Katanya, selaku johan, PMM membawa pulang wang tunai RM1,000, medal dan sijil penghargaan.

“PMM turut memenangi Anugerah Khas Busana Terbaik dan Pertandingan Dakwah Nyanyian (DAI-IAN) pada FESKEW ke-11.

“Pasukan Astana Seni di bawah bimbingan Unit Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan PMM, Abdul Rashid Husain ini ternyata berjaya membuktikan kepimpinan beliau mengendalikan pasukan dengan baik dan tidak lupa juga jurutari yang dibawa khas dari Muar, yang komited mengajar pasukan hanya dalam tempoh kurang dari dua minggu latihan.

“Melalui pertandingan seumpama ini, ia akan memupuk rasa kecintaan warisan budaya bangsa, sekali gus dapat semarak seni yang diilhamkan turut meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab untuk memelihara dan memperkembang industri ini,” katanya.

Jelas Norizam, FESKEW ke-11 itu melibatkan semua Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dalam usaha mengangkat seni budaya dan warisan ke tahap yang lebih tinggi.

“FESKEW ke-11 dengan tema ‘seni dan budaya menelusuri improvisasi gerak dan irama’, festival ini diadakan dengan objektif menggilap bakat kesenian yang ada pada mahasiswa dan mahasiswi di Politeknik dan Kolej Komuniti.

“Seramai 230 orang pelajar dari 20 politeknik seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak telah menjayakan festival ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1588
Kongsi :
Previous post Jangan terpedaya pelaburan palsu berkaitan Melaka Gateway – KAJD
Next post Lapan bayi Qurratu A’yun ditahnik tanggal 12 Rabiulawal
Ubah saiz-+=