Pomen maut dirempuh kereta

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

BANDARAYA MELAKA 30 Jan- Seorang mekanik maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh kereta di persimpangan Jalan Tun Mamat menghala ke Kota Shah Bandar, malam tadi.

Mangsa, Zamzani Mustafa, 40, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala dalam kejadian jam 10.30 malam itu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata kejadian berlaku apabila kereta Honda Civic dipandu lelaki berusia 29 tahun keluar dari simpang Jalan Tun Mamat menuju ke Kompleks Perniagaan Shah Bandar.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu kereta berkenaan keluar dari simpang itu memasuki ke laluan utama.

“Mangsa yang sedang menunggang motosikal di sebelah kanan laluan utama bagaimanapun tidak sempat mengelak sehingga menyebabkan perlanggaran di pertengahan simpang tersebut.

“Akibat kemalangan terbabit, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut Hasan, mayat mangsa dirujuk ke Jabatan Forensik Hospital Melaka (HM) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Pengguna jalan raya yang menyaksikan kejadian ini diminta tampil bagi membantu siasatan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1179
Kongsi :
Previous post UMNO tidak tawar habuan kepada dua bekas ADUN Bersatu – Ahmad
Next post ADUN UMNO nafi dakwaan tarik sokongan terhadap Kerajaan Negeri Kedah
Ubah saiz-+=