Sorting by

×

PPPM main peranan menjadi warga dunia bertanggungjawab

Masa Membaca:1 Minit, 44 Saat

AYER KEROH 26 Jun – Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar, bertitah, Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) memainkan peranan menjadi warga dunia yang bertanggungjawab.

Titahnya, baginda bersama dengan PPPM sejak 1969 dan sudah lebih 50 tahun bersama persatuan.

Tunku Azizah bertitah, tema Persidangan Pandu Puteri Dan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-57, Dunia Kita, Masa Depan Kita Bersama, Our World, Our Equal Future, bertetapan dengan fungsi dan peranan manusia sebagai makhluk ciptaan Allah S.W.T.

“Dalam kata lain, peranan manusialah yang sebenarnya mencorak dan menjaga bumi ini. Sikap memelihara dan memulihara bumi ini tidak boleh dipandang enteng.

“Maka saya mengajak diri saya dan hadirin sekalian agar kita bersama-sama memainkan peranan menjadi warga dunia yang bertanggungjawab. Jika bukan kita yang menjaga dunia ini, siapa yang hendak memperdulikannya,” titah baginda.

Berikutan itu, baginda menitahkan sikap kepedulian dalam kalangan ahli bermula dari sekarang.

“Dengan sikap tidak peduli di mana zuriat dan generasi masa hadapan dapat bertapak jika dunia ini dipenuhi dengan kemusnahan.

“Demi melestarikan dan mengekalkan kehidupan sejahtera, bak kata pepatah Melayu, di mana ada kemahuan, di situ ada terbentangnya jalan,” titahnya.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (empat dari kanan) berkenan merasmikan gimik Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pandu Puteri Malaysia kali ke-57 tahun 2022 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka. Foto: MR. AZLI

Terdahulu, baginda berkenan merasmikan Persidangan Pandu Puteri Dan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-57 Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM), di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, hari ini.

Turut berangkat, Timbalan Yang Dipertua PPPM Raja Muda Perak Darul Ridzuan Tunku Soraya Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Hadir sama, Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Datin Seri Muhaini Zainal Abidin, Penaung PPPM Cawangan Melaka Toh Puan Datuk Wira Asmah Ab Rahman dan isteri kepada Ketua Menteri Melaka Datin Seri Utama Munira M Yusop.

Terdahulu, persidangan kali ini disertai 500 perwakilan dari 18 cawangan selain sebanyak 14 anugerah turut dikurniakan kepada 142 penerima anugerah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1243
Kongsi :
Previous post Dua usahawan tani rugi RM10,000 akibat banjir
Next post Keputusan kes rasuah Abd Latif Bandi ditunda 7 Ogos
Ubah saiz-+=