PPV Mega Stadium Hang Jebat siap 80 peratus – MKN

Masa Membaca:1 Minit, 34 Saat

KRUBONG 17 Ogos – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega Stadium Hang Jebat yang dijangka beroperasi pada 23 Ogos ini telah siap hampir 80 peratus.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Melaka, Mohd Nasrul Menhat berkata, PPV mega itu dibuka bagi menampung pertambahan suntikan vaksinasi di negeri ini.

“Kita nak cepatkan proses vaksinasi di Melaka, kalau ikut kapasiti di stadium ini sendiri insya-Allah berupaya untuk menyuntik sebanyak 5,000 dos vaksin sehari.

“Di peringkat penyediaan PPV mega ini kita rancang untuk menggunapakai 30 vaksinator dan ia akan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 5 petang setiap hari,” katanya.

MOHD NASRUL mengadakan sidang akhbar selepas meninjau persiapan pembukaan PPV Mega di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput. Foto: MR. Azli.

Beliau berkata demikian kepada MHI selepas mengadakan lawatan persiapan di PPV Mega Stadium Hang Jebat di sini, hari ini.

Katanya dari segi pengoperasiannya, di peringkat pendaftaran PPV mega itu masih menggunakan Sukarelawan Pembantu Vaksin Malaysia (MyVac).

“Namun dari segi kesihatan PPV ini akan menggunakan petugas dari pengamal perubatan am swasta (GPs) dari hospital swasta.

“Dari segi lain seperti dari keselamatan dan pentadbiran akan dibuat secara berperingkat,” katanya.

MOHD NASRUL (dua dari kiri) meninjau persiapan pembukaan PPV Mega di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput. Foto: MR. Azli.

Mohd Nasrul berharap supaya bekalan vaksin di negeri ini mencukupi memandangkan pembukaan PPV itu telahpun mendapat persetujuan di peringkat kebangsaan.

“Melaka ke arah membuat persiapan bekalan vaksin, jadi bila kita dah buat, kita dah bersedia dengan apa yang kita ada.

“Kita harap bekalan itu akan ikut apa yang kita minta sebab dia dah dapat kelulusan (pembukaan PPV mega),” katanya lagi.

Semalam MHI melaporkan Melaka bakal membuka dua PPV mega iaitu di Stadium Hang Jebat dan Stadium Mini Jasin dengan kapasiti 3,000 penerima sehari.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1196
Kongsi :
Previous post Satu rumah, satu Jalur Gemilang
Next post Ahli Dewan Rakyat perlu serat surat akuan pilih PM selewat-lewatnya 4 petang esok- Speaker
Ubah saiz-+=