PPV pandu lalu pertama dibuka di LTAM

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

SERI NEGERI 28 Jun – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pandu lalu pertama akan dibuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam, dekat sini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, PPV pandu lalu itu adalah satu daripada 14 PPV awam yang dibuka di negeri ini dalam usaha mempercepatkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Beliau bagaimanapun menjelaskan PPV pandu lalu di LTAM akan dikhaskan untuk pekerja industri di negeri ini.

“PPV pandu lalu ini Insya-Allah akan membantu mereka yang tergolong sebagai pekerja industri.

“Saya yakin kalau ia dapat dilaksanakan mengikut perancangan, kita dapat mempercepatkan proses pemberiaan vaksin kepada rakyat,” katanya dalam wawancara khas bersama Melaka Hari Ini.

Sebelum ini, kerajaan negeri bercadang menjadikan Dewan Tun Ali, Bukit Katil sebagai lokasi pertama PPV pandu lalu, namun lokasinya ditukar ke LTAM atas faktor kesesakan di kawasan terbabit.

Difahamkan, PPV pandu lalu yang pertama itu dijangka akan dibuka awal bulan depan dan boleh menampung seramai 800 individu setiap hari.

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata setakat ini, sebanyak 41 PPV dibuka di seluruh negeri iaitu 14 PPV awam, tiga Special PPV (SPPV) di hospital dan bakinya ialah PPV General Practitioner (PPVGP) membabitkan kerjasama klinik dan hospital swasta.

“Kesemua PPV itu berupaya memberikan suntikan kepada 7,800 rakyat negeri Melaka setiap hari dan Insya-Allah jika ada keperluan kita akan membuka lebih banyak PPV bagi membolehkan sasaran 70 peratus rakyat divaksin menjelang akhir tahun ini berjaya dicapai,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

484
Kongsi :
Previous post Melaka mohon tambahan bekalan dos vaksin COVID-19
Next post Tiada kenaikan tarif elektrik sehingga hujung tahun – Menteri
Ubah saiz-+=