Tiada kenaikan tarif elektrik sehingga hujung tahun – Menteri

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

PUTRAJAYA 28 Jun – Kerajaan akan membelanjakan RM493 juta bagi pemberian rebat tambahan bagi mengelakkan kenaikan tarif elektrik di seluruh negara.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, peruntukan itu adalah melalui Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) yang akan membiayai pemberian rebat tambahan sebanyak 0.87 sen per kilowatt jam (kWj), sekali gus mengekalkan rebat 2 sen/kWj.

“Bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember 2021, kos Imbalance Cost Pass Through (ICPT) yang perlu diselaraskan adalah berjumlah RM638.98 juta dan ini bermakna bahawa kadar rebat elektrik yang boleh dilepaskan kepada pengguna ialah sebanyak 1.13 berbanding ketika ini 2.00sen/kWj.

“Justeru, kerajaan bersetuju membiayai pemberian rebat tambahan sebanyak 0.87 sen/kWj yang melibatkan peruntukan sebanyak RM493 juta melalui dana KWIE.

“Oleh itu, semua pemilik akaun Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang dianggar berjumlah 9.44 juta akan terus menikmati rebat sebanyak 2 sen bagi tempoh Julai hingga Disember 2021,” katanya dalam sidang media khas, hari ini.

Mengulas lanjut, Shamsul Anuar berkata, bermula 1 Julai hingga 31 Disember 2021, Imbalance Cost Pass Through (ICPT) yang perlu diselaraskan adalah berjumlah RM638.98 juta dan ini bermakna bahawa kadar rebat elektrik yang boleh dilepaskan kepada pengguna ialah sebanyak 1.13 berbanding ketika ini 2.00 sen/kWj.

Peningkatan kos ICPT itu ujarnya, disebabkan berlaku peningkatan kos pembekalan gas dan arang batu bagi tempoh Januari hingga Jun 2021.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

520
Kongsi :
Previous post PPV pandu lalu pertama dibuka di LTAM
Next post Golongan miskin tegar dapat rebat bil elektrik RM40
Ubah saiz-+=