Presiden DMDI Bosnia terima gelaran Datuk

Masa Membaca:55 Saat

SERI NEGERI 13 April – Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Bosnia, Amir Bukvíc menerima penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M.) dalam Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Melaka (Sesi Khas), hari ini.

Penganugerahan itu telah disampaikan Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam di pejabatnya.

Amir merupakan penerima tunggal dalam penganugerahan sesi khas itu, sekali gus membawa gelaran Datuk.

Amir berusia 49 tahun merupakan antara penggerak utama DMDI sejak 22 tahun lalu bersama kepimpinan Mohd Ali.

Beliau yang berpendidikan Sarjana Muda Perhubungan Antarabangsa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah melanjutkan pelajarannya dalam bidang Sarjana Seni dalam Perhubungan Antarabangsa di Universitiy Antarabangsa Jepun.

Beliau yang mempunyai kepakaran dan sumbangan dalam bidang berkaitan perhubungan pelaburan dan perniagaan antara Malaysia dan Eropah Tenggara telah melayakkan beliau dianugerahkan gelaran itu.

Amir sebelum ini merupakan Pengurus Besar Bosnia Bank kini merupakan seorang Ketua Pengarah Isamic Development Bank yang berpusat di Jeddah.

Terdahulu, istiadat yang diadakan tepat jam 10.30 pagi tadi turut disaksikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali serta tetamu jemputan terlibat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1100
Kongsi :
Previous post Dugaan adik Faith Rizqi
Next post Tok sidang nafi meminta dan terima rasuah
Ubah saiz-+=