
PRN Johor: Ismail Sabri ucap tahniah kemenangan BN
KUALA LUMPUR, 12 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangannya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hari ini.
“Tahniah Barisan Nasional di atas kemenangan dalam #PRNJohor,” kata Naib Presiden UMNO itu dalam hantaran laman Facebook beliau malam ini.
Beliau juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada para pengundi, kepimpinan, jentera dan petugas yang bekerja keras bagi memastikan kemenangan BN pada plihan raya negeri itu.
“Masa untuk Kestabilan Masa Depan rakyat Johor!,” kata beliau dalam hantaran itu.
BN memperoleh majoriti mudah menerusi 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Johor untuk membentuk kerajaan negeri, berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat 10.21 malam ini.
Sebanyak 56 kerusi DUN dipertandingkan pada PRN Johor kali ini.
DUN Johor dibubarkan pada 22 Jan lepas manakala penamaan calon diadakan pada 26 Feb lepas. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ZOO MELAKA TARIK PERHATIAN PAKAR HIDUPAN LIAR ANTARABANGSA
AYER KEROH 6 September - Zoo Melaka berpotensi menjadi antara hab penting di Asia Tenggara bagi memperkukuh kepakaran dan standard...
KUIH BAKAR BERLAUK MELAKA CURI PERHATIAN DI MAHA 2026
SERDANG 6 September - Selama ini dikenali dengan rasa manis dan aroma pandan, kuih bakar kini tampil dengan kelainan apabila...
PENTERNAK SAMBUT BAIK INISIATIF PEMASANGAN ‘TAGGING’ QR
TABOH NANING 6 September - Keputusan Kerajaan Negeri untuk mewajibkan semua ternakan di negeri ini didaftarkan secara digital menerusi pemasangan...
IBU MUDA MELAKA DAPAT SOKONGAN, KEKUATAN DI BAWAH KEPIMPINAN TOK RAUF
AYER KEROH 6 September - Golongan ibu muda di Melaka menyifatkan keprihatinan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk...
MELAKA BUKAN SEKADAR DESTINASI SEKALI DATANG
AYER KEROH 6 September – Melaka mahu terus dikenali sebagai destinasi pelancongan yang sentiasa hidup dengan pelbagai acara bagi menggalakkan...
‘MELAKA TAK RELAKS DEMI RAKYAT’
AYER KEROH 5 September – “Apa yang tak relaks sangat Melaka ni?" itu antara soalan yang sering diajukan kepada Ketua...
