PRN MELAKA: Hampir 66 peratus keluar mengundi

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 20 Nov- Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka mencatatkan peratusan keluar mengundi sebanyak 65.85 peratus.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata peratusan itu merangkumi 326,068 orang daripada jumlah keseluruhan 495,196 pengundi yang layak mengundi di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Katanya, secara keseluruhan, SPR berpuas hati dengan proses pengundian pada semalam (20 Nov 2021) dan urusan perjalanan PRN Melaka ke-15 berjalan baik mengikut perancangan ditetapkan.

“SPR berpuas hati dengan proses pengundian semalam dan pengundi-pengundi berdaftar telah menunaikan hak dan tanggungjawab mereka.

“Urusan Pilihan Raya Umum (PRU) Dun Melaka ke-15 juga telah dilaksanakan dengan baik mengikut perancangan yang telah ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengumumkan secara rasmi kemenangan komponen Barisan Nasional (BN) yang memenangi 21 Kerusi DUN dalam PRN Melaka.

Mengulas lanjut, Ghani memberitahu Perikatan Nasional (PN) memenangi dua kerusi DUN manakala Pakatan Harapan (PH) memenangi lima kerusi.

Manakala parti PUTRA dan Iman serta bebas tidak memenangi sebarang kerusi DUN pada PRN Melaka kali ini.

Dalam pada itu, Ghani turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan penguatkuasa yang terlibat sama dalam menjalankan PRN Melaka meskipun berada dalam keadaan pandemik COVID-19.

Terdahulu, menerusi sidang media berasingan, Abdul Ghani Salleh mengumumkan BN dapat membentuk kerajaan selepaas memenangi 50 peratus daripada jumlah kerusi dipertandingkan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

867
Kongsi :
Previous post Langkah pertama kestabilan politik bermula di Melaka – Zahid
Next post Sulaiman angkat sumpah Ketua Menteri Melaka Ke-13
Ubah saiz-+=