PRN: UMNO Johor harap SPR tentu keupayaan, nasihat pengundi elak COVID

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

SHAH ALAM, 11 Feb – UMNO Johor berharap agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dapat menasihati dan menentukan keupayaan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi melindungi pengundi daripada jangkitan COVID-19 khususnya semasa kempen dijalankan.

Ketua Penerangan UMNO Johor Datuk Seri Dr Adham Baba berkata terdapat perkara yang perlu dipertimbangkan terutamanya melibatkan nyawa dan kehidupan walaupun gelombong Omicron hanya membawa jangkitan bersifat sederhana.

“Kita maklum SPR sudah menentukan tarikh penamaan calon, undi pos serta tarikh mengundi pada 12 Mac depan. Saya dah tanya Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin bahawa gelombang Omicron ini tidak membawa kepada sistem kesihatan yang akan menjadi (tahap) lebih bahaya.

”Tetapi walaupun jangkitan lebih ringan, saya yakin SPR akan membuat beberapa pandangan. Saya lihat di sini ada perkara yang kita perlu pertimbangkan iaitu nyawa dan kehidupan,” katanya.

Dr Adham yang juga Menteri Sains Teknologi dan Inovasi berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani Perjanjian Bersama antara Syarikat Mobility Werk EV Sdn Bhd dan EZ-Charge dari United Kingdom.

Beliau mengulas kenyataan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang menggesa kerajaan menangguhkan PRN Johor atau membenarkan parti bertanding untuk berkempen secara terbuka.

SPR menetapkan 12 Mac sebagai tarikh pengundian bagi PRN Johor manakala tarikh penamaan calon bagi pilihan raya itu ditetapkan pada 26 Feb manakala pengundian awal pada 8 Mac.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

590
Kongsi :
Previous post Kurang 50 peratus masyarakat Melayu terima dos penggalak – Khairy
Next post Kesesakan ke CAC jejaskan peniaga sekitar MITC
Ubah saiz-+=